! Mengatur Pembelajaran Anda !
Khamis, 15 Mac 2012 ? 0 Hearts ?
Assalammualaikum .. !
ukey nhe hari kite sambunk pasal resipi kejayaan ..
ukey toe hari kite belajar pasal mengurus pembelajaran anda ..
sekarang nhe pula kite belajar pasal Mengatur Pembelajaran Anda
MENGATURPEMBELAJARANANDA
1) sedar faedah dan harga ulang kaji > adakah ia benara-benar perlu ? Berbaloi ataupun tidak? adakah cara ulangkaji lain yang lebih mudah dan berkesan? Selepas benar-benar menyedari betapa pentingnya anda belajar dan mengulang kaji, maka anda tidak akan berasa lemah serta acuh tidak acuh. anda akan melakukan sebaik mungkin supaya tidak membuang masa. Dalam masa yang sama, anda meninggalkan perkara yang tidak menguntungkan. Anda tahu yang mane penting dan mana tidak. Jangan membazirkan masa, tenaga, wang dan komitmen anda pada sesuatu yang boleh ditinggalkan. Tumpuhkan pada yang utama.
2) sentiasa sediakan 'ulang kaji anjal' dari semasa ke semasa > Ulang kaji anjal ialah tugasan yang boleh dibuat di mana-mana dan tidak kira masanya.Contohnya, seperti menghafal formulaformula ringkas, mengingati beberapa isi dalam nota poket anda dan banyak lagi. Ulang kaji seperti ini boleh di lakukan walaupun bukan dalam tempoh ulang kaji. Contohnya sesama anda sedang menantikan kawan anda untuk ke pekan bersama-sama. Buat lah senarai ulang kaji anjal yang boleh anda lakukan dalam sehari dan rujuklah ia dari semasa ke sesama.
3) Gunakan tarikh akhir peribadi > Jangan bergantung pada tarikh akhir yang dibei oleh guru anda semata-mata. Anda lebih arif dengan masa anda. Jadi, kenapa anda tidak tentukan sendiri tarikh akhir itu? Sekiranya guru menyuruh anda menghantar kerja kursus itu minggu depan, buat lah tarikh anda mengikut kemampuan diri sendiri. Sekiranya anda boleh menyiapkannya lusa, kenapa tidak anda siapkan lusa? Dengan buat demikian, anda tidak lagi berkejar-kejar setiap kali tarikh akhir sudah hampir. Anda juga tidak akan menangguh-nangguhkan kerja. Dengan sendirinya anda boleh mengelakkan daripada membuat sesuatu yang tidak berfaedah kerana anda mempunyai tarikh akhir anda sendiri.
4) Yang paling berbaloi diutamakan > Ia demi kebaikan anda juga. Berbaloi boleh jadi daripada aspek mata pelajaran penting, yang lemah yang diminati dan aspek-aspek lain. Bahkan aspek pahala juga perlu dipertimbangkan. Jangan semata-mata berpuas hati dengan 'mengulang kaji', tetapi sebenarnya tiada apa yang anda peroleh daripada tempoh itu. Sekiranya ada pun, ia tidak berbaloi dengan masa yang anda peruntukkan. Oleh itu, sebelum anda duduk mengulang kaji, tanyalah pada diri sendiri, adakah ini yang paling berbaloi?
5) Elakkan daripada timbunan kerja > Ia ber;aku sekiranya anda hanya tahu menangguhkan kerja sahaja. Kerja rumah semalam ditangguhkan esok, yang minggu ini ditangguhkan ke minggu hadapan. Akhir sekali, semakin banyak kerja-kerja yang perlu dibuat. Bukan tidak boleh menangguhkan kerja, tetapi sekiranya anda jadikan ia untuk 'melarikan diri', anda akan 'lemas' dalam timbunan kerja yang ditangguhkan. Sekiranya ini berlaku cepat-ceoatlah atasi daripada sekarang.
6) Jangan menjadi ahli sempurna > Sekiranya anda inginkan semuanya sempuna dan tersusun, anda akan menghabiskan banyak masa bagi hasil yang tidak seberapa. Kadangkala anda banyak menghabiskan masa bagi perkara tidak penting semata-mata bagi menjadikan sempurna. Anda menghabiskan berpuluh-puluh minit hanya dengan mengemas meja padahal buru sahaja belajar beberapa ketika. Anda bertungkus lumus membetulkan pembalut buku teks, padahal ia masih lagi elok. Akhir sekali, anda menghabiskan banyak masa dan usaha hanya bagi memastikan ianya 'sempurna'. Padahal, hasilnya tidak seberapa.
7) Sekiranya terlalu sukar, berilah sedikit masa menyelesaikannya > Ada banyak benda yangboleh diselesaikan dengan memberikan sedikit masa. Ia adalah contoh penangguhan positif. Contohnya, anda tidak faham satu konsep dalam ulang kaji. Sudah beberapa kali dibaca, tetapi masih tidak faham. Dalam situasi sebegini, tinggalkanlah ia buat sementara. Tandakan di bahagian tepi dan teruskan membaca bahagian lain. berikan sedikit masa bagi otak berfikir mengenainya. Sekiranya masih tidak dapat, bertanyalah kepada guru dan rakan anda.
Label: Aniez Limz


Template : 


! Mengatur Pembelajaran Anda !