Just my Life

!! Resipi Kejayaan Untuk Pelajar !!
Ahad, 19 Februari 2012 ? 0 Hearts ?
                                                       Assalammualaikum ..

                        hye semua apa kabar .. baik ka ? bgus la klau baik .. hehe
                         ukey nie hari aniez nak korang taw resipi kejayaan untuk belajar ..

Mengurus Pembelajaran Anda
1) Duduk, Tulis dan Atur. ambil kertas dan senaraikan perkara yang perlu anda lakukan. Ia termasuk kerja rumah, latihan tubi, mengulang kaji pelajaran, persiapan ke kelas, menyiapkan kera kursus, latihan bola tampar, menolong ibu ataupun bapa, menemani adik ke pekan dan apa sahaja. Jangan biar kan tugasan-tugasan itu terserabut dalam kepala anda. 'Keluarkan' ia dengan menulis di atas kertas. Ini yang paling awal perlu anda lakukan.

Bagi menguruskan pembelajaran dan aktiviti harian, anda mungkin perlukan buku khas bagi menulis dan mengatur perjalanan hidup. Terdapat banyak buku-buku rancangan urus harian (daily planner) yang boleh anda gunakan. Selain daripada itu, ada peralatan lain seperti pembantu digital peribadi (personal digital assistant-PDA). perisian-perisian komputer dan lain-lain.

2) Tentu prioriti setiap tugasan yang sudah disenaraikan. yang utama diutamakan. Ambil kira faktor tanggungjawao, jangka masa dan matlamat hidup anda dalam menentukan prioriti. Apakah mata pelajaran yang paling sukar dan lemah? Apahkah mata pelajaran yang hampir dengan ujian? Apakah mata pelajaran yang perlu saya 'sasarkan' sesuai dengan cita-cita saya hendak menjadi doktor? Adakah saya pemain utama pasukan bola tampar ataupun hanya sebagai pemain simpanan? Semua ini perlu diambil kira bagi menyusun yang paling penting dan diutamakan.

3) Duduk, Fikir dan Perincikan (DFP). sebelum memulakan langkah, fikir langkah-langkah dan proses bagi menjayakan kerja anda itu. Dengan melalukan DFP, anda boleh mengenal pasti apakah sebenarnya perkara yang perlu anda buat. DFP menambahkan minat anda supaya terus bekerja dan bekerja. Contohnya, anda perlu menyiapkan kerja kursus Sejarah. Bagi melaksanakannya, bebeparap temu duga perlu dibuat, ia juga perlu ditaip, dicetak, dijilid dan dihantar kepada guru pemerhati. Rancanglah mana dahulu dan buatlah mengikut kesesuaian dan kemampuan anda.

4) Sentiasa kemas kini senarai itu. ini kerana proriti sentiasa berubah mengikut keadaan dan masa. Dapatkan semua maklumat yang perlu dan berkaitan dengan tugasan anda dari semasa ke semasa. Adakah cikgu sudah memberikan kerja rumah yang baru? Betulkah latihan kriket petang ini dibatalkan? Kelas tambahan ditangguhkan satu jam? Semua ini akan mengubah bentuk senarai DTA_DFP anda. Oleh itu, pastikan anda sentiasa peka dengan apa yang berlaku disekitar. Sentiasa bermaklumat.

5) Cipta kepelbagaian dalam pembelajaran. Bagi mengelakkan kebosanan, anda perlkan langkah ini. Jangan terbelenggu dengan kaedah yang sama dalam bekerja . Contohnya, selain daripada membaca dan membuat nota, anda boleh melakukan latih tubi serta belajar dalam kumpulan. Selain daripada mengulang kaji dimeja belajar, mungkin sekali-sekala anda boleh 'berubah angin' dengan mengulang kaji di halaman rumah ataupun di anjung. Tetapi, jangan diamalkan selalu, cakap sekadar menghilangkan kebosanan sahaja.

                  Toe je la yang dapat aniez kongsi kan dengan kawan-kawan semua ... hehe


Thanks for reading :)




Old Diary . New Diary